when i\’m feeling it…

This is a place for those who had captured the sun and caused it to shine

Minta pertolongan mencari waris pesakit

azmi-aziz.jpg

  Pihak Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental Hospital Sultan Abdul Halim, Sg Petani, Kedah ingin meminta bantuan orang ramai yang mengenali pesakit di dalam gambar di atas untuk mencari waris beliau.

  Pesakit tersebut bernama Azmi Aziz yang telah dimasukkan ke wad psikiatri dalam bulan Januari tahun ini kerana dikatakan bertindak agressif. Walaubagaimanapun, pesakit didapati tidak mempunyai sebarang tanda-tanda psikotik semasa berada di dalam wad.

   Waris pesakit ini tidak langsung datang untuk mengambil pesakit ini setelah namanya dikeluarkan (discharged) dari daftar pesakit, malah memberitahu staf bertugas supaya meletakkan pesakit di mana sahaja yang difikirkan sesuai kerana mereka sekeluarga sedang berada di Kuala Lumpur kerana masalah kesihatan. Usaha untuk terus menghubungi nombor telefon yang diberikan sia-sia sahaja kerana bapa pesakit tidak mahu menjawabnya, dan satu lagi nombor telefon yang kononya dimiliki oleh abang pesakit sebenarnya tiada dalam perkhidmatan.

   Alamat pesakit yang terakhir adalah di Kulim, Kedah. Kami meminta sesiapa sahaja yang mengenali keluarga pesakit supaya dapat menghubungi pihak kami di 04-4457333 ext 3829/5001. Pihak kami tidak mampu lagi menyimpan pesakit dengan lebih lama kerana faktor tempat dan kemudahan, dan juga berasa kecewa kerana pesakit seolah-olah dibuang oleh keluarga beliau dan memberikan tanggungjawab kepada pihak hospital menjaga pesakit dengan sewenang-wenangnya

Advertisements

Sunday, March 23, 2008 - Posted by | Community Psychiatry | , , , , ,

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: